Friday, 13 January 2012

Orientasi Pelajar Baru

Orientasi pelajar baru adalah satu aktiviti yang harus dilakukan kepada pelajar baru supaya mereka dapat menyesuaikan diri mereka dengan suasana yang baru. Pelajar juga dapat mengetahui dan memahami peraturan dan adat sekolah yang baru.
PROGRAM  ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU
DAN PERALIHAN 2012

1.0. Pendahuluan.

Program ini dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah adalah bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu pelajar baru seperti pelajar Tingkatan Satudan Peralihan membiasakan diri dengan suasana sekolah. Selain itu juga, pelajar baru akan diajar untuk menepati waktu-waktu persekolahan, rehat, makan, minum dan rekreasi.

Pelajar juga diajak untuk berkenalan dengan warga sekolah yang lain khasnya Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Tingkatan, guru-guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang lebih senior. Dalam Program Orientasi ini pelajar dibawa melawat kawasan sekitar sekolah seperti Blok Pentadbiran, Blok Kelas, Makmal Komputer, Perpustakaan, Gelanggang Permainan serta  Unit Kaunselingdan unit Disiplin.
Antara aktiviti yang dirancang ialah sepert isesi Ice Breaking, Ucapan Pihak Pentadbir, Pendedahan tentang Disiplin sekolah, Latihan dalam kumpulan, Aktiviti Team Building serta Komunikasi berkesan serta dimuat juga slot penjelasan pembahagian bukuteks.Pelajar juga didedahkan serba sedikit mengenai subjek KHB ,Sains .Selain itu, pelajar juga turut didedahkan dengan aktiviti selingan belajar Lagu Sekolah, Ikrar, lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Selangor.

Setiap aktiviti yang dijalankan adalah dengan bantuan Pengawas sekolah dan PRS Sekolah.

Semoga dengan perancangan sebegini dapat membantu mengurangkan masalah disiplin dan rasa rendah diri di kalangan pelajar baru.

2.0   Matlamat.
•   Melahirkan pelajar  yang ada semangat motivasi diri yang tinggi
•   Melahirkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah
•   Melahirkanpelajar yang mempunyaimatlamat yang jelas dan kepimpinan untuk
     berusaha kearah kecemerlangan
•   Melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan serta kreatif dan kritis dalam  
     menangani cabaran dalam kehidupan
3.0.    Objektif
R Menyedar dan membina keyakinan diri pelajar melalui Latihan  Dalam Kumpulan yang
     dijalankan.R Memberi pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan di Sekolah Menengah.R  Membina daya tahan serta membentuk konsep kendiri yang tinggi di dalam diri pelajar.R  Membina kecemerlangan pelajar  berlandaskan wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara

4.0. Kumpulan  Sasaran

Pelajar- pelajar Tingkatan Satu. Jumlah pelajar dalam lingkunga 350  orang.

5.0    TempohPerlaksanaan

 4 Jan -6 Jan 2012

Kaedahperlaksanaan :
   Ice  Breaking   Latihan Dalam Kumpulan   Ceramah/Taklimat   Senaman

6.0   Sumber  Kewangan
Ini bergantung kepada peruntukan sekolah
 
7.0    Ahli Jawatan kuasa Induk
   Penasihat                : Pn.Saimah bt Ahmad (Pengetua)
   Pengerusi                : Encik Hashim b Kamaruddin(Pen Kanan Petang)
   N.Pengerusi           :  Encik Manharlal a/l R.H Patel(Penolong Kanan  Akademik)
                                   Anthonisamy a/l Abraham  (Pen. Kanan HEM )
                                   Pn.Akmaliah bt  Yusoff(PK Ko Ku)                                                                
   Setiausaha             : Pn.Tilagavathi Kaliannan
    Pen.Setiausaha       : Pn.Suhaila Johari
    Penyelaras             : Pn.Tilagavathi Kaliannan(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

9.0   Penutup.


 Program yang telah dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancar dengan kerjasama yang padu dari pihak pentadbir dan juga guru sesi petang. Semua pelajar dapat mengikuti program orientasi dengan baik.